CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Canselori UMT Terima Kunjungan Delegasi UPSI

Pada 2 Ogos 2023, Canselori UMT telah menerima kunjungan delegasi Bahagian Audit Dalam dan Unit Integriti UPSI. Ketibaan 20 orang delegasi UPSI telah disambut oleh Ketua Pentadbiran Canselori UMT, Encik Abdullah Syukri M. Saleh. Delegasi UPSI telah diberikan taklimat ringkas mengenai UMT dan kemudian diadakan sesi perbincangan berkaitan dengan urusan pengauditan dan urusan integriti di UMT. Selain itu, kedua-dua belah pihak turut berkongsi amalan terbaik yang dapat memberikan manfaat kepada UMT dan UPSI. Delegasi UPSI turut dibawa melawat Galeri INOS bagi mengetahui aktiviti penyelidikan yang dilakukan oleh INOS yang merupakan salah sebuah Pusat Kecemerlangan Institut Pendidikan Tinggi (HICoE) di UMT.