CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Terima Kunjungan Hormat Prof Martin J Siegert

Pada 2 Ogos 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Prof. Dr. Martin J Siegert, Penyandang Kursi Sains Antartika Sultan Mizan, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). Beliau hadir ke UMT bagi menjayakan penganjuran program “Polar Science Week” yang dianjurkan oleh National Antarctic Research Centre – UMT (NARC-UMT) di Dewan Sultan Mizan UMT pada 3 Ogos 2023. Prof. Martin juga baharu dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Exeter, United Kingdom. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, Encik Abd Shukor bin Jamaluddin dan pegawai-pegawai utama UMT.