Staf Canselori Tanam Semula 25 Anak Pokok Bakau Berus Mata Buaya
Sebanyak 25 anak pokok bakau jenis berus mata buaya (Bruguiera hainesii Rogers) telah ditanam oleh staf Canselori UMT di kawasan tanah bencah Setiu (Setiu Wetlands) dalam usaha memulihara kelestarian alam sekitar. Menurut Ketua Program Canselori Day Out, Encik Wan Ab Hafiz Wan Ibrahim, usaha itu adalah sebahagian daripada aktiviti riadah staf Canselori UMT yang diadakan pada 27 Julai 2023 dan diharap ia dapat menyumbang kepada pemuliharaan ekosistem hutan paya bakau yang berfungsi mencegah hakisan tanah kerana pokok bakau mempunyai sistem akar kukuh mencengkam tanah dengan kuat dan mampu dijadikan sebagai benteng daripada tanah dihakis.