CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Lawatan Kerja Delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Ke UMT

Pada 28 Julai 2023, UMT telah menerima kunjungan hormat dan sesi lawatan kerja Ahli Pengurusan Tertinggi dan delegasi KPKM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Badrul Hisham bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam sesi taklimat kepada delegasi KPKM, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar memaklumkan UMT telah membangunkan projek Penyelidikan Teknologi Hijau iaitu penyelidikan Black Soldier Fly (BSF) yang mampu memberi impak kepada masyarakat dan negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber protein luar. Melalui penyelidikan berterusan yang dijalankan, UMT telah berjaya menghasilkan menghasilkan makanan khusus BSF untuk ternakan akuatik iaitu ikan dan udang.