CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Tauliah Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

Selaras dengan Perkara 6.3.3 (a), (b), (c), (d), (e), (f) dan (g), syarat-syarat pelanjutan tauliah Pegawai Integriti Bertauliah ( CeIO) di bawah Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009, Siri 1, No. 1 Tahun 2011, Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah meluluskan penyambungan CeIO En. Mohd Juhari bin Ab Kadir bermula 10 April 2023 dan akan tamat pada 9 April 2025.

Sekalung tahniah diucapkan dan semoga pelanjutan pengiktirafan ini dapat dijadikan wadah dalam memajukan UMT Cemerlang dan kepakaran yang ada dapat disebarkan kepada keserakanan dan komuniti.