Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bertanggungjawab membantu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam menguruskan hal ehwal penyelidikan & inovasi merentasi semua bidang pengajian di UMT. Pejabat ini menyelia, menyelaras dan memantau aktiviti pembangunan penyelidikan, inovasi dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan penyelidikan iaitu :-
-
Geran Pembangunan Penyelidikan
-
Pengkomersilan
-
Pengurusan Harta Intelek
-
Penerbitan Penyelidikan
-
Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan
-
Stesen Penyelidikan
-
Makmal Penyelidikan
-
Peralatan Penyelidikan
-
Kapal Penyelidikan & Bot
-
-
Pemindahan Teknologi
-
Lain-lain Inisiatif Penyelidikan.
Selain itu, pejabat ini juga bertanggungjawab dalam memantau pencapaian Petunjuk Prestasi Utama Penyelidikan & Inovasi, mengurus permohonan pasca doktoral, menyelaras pengurusan makmal penyelidikan dan Pegawai Skim C, menguruskan permohonan anugerah penyelidikan dan menerajui akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025.
Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diselia oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah –
-
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC)
-
Makmal Berpusat
-
Institut Oseanografi & Sekitaran (INOS)
-
Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
-
Institut Bioteknologi Marin (IMB)
-
Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)