UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Penafian


Web ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya tuan/puan membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa tuan/puan melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pihak tuan/puan melalui emel. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Adalah diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan tuan/puan dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di dalam web ini. Canselori UMT tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan di luar kawalan UMT. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Canselori UMT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan virus disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat dari laman ini.