UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT jalin kerjasama strategik dengan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah

UMT menjalin hubungan kerjasama strategik dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) pada 10 Januari 2024 bertempat di Bilik Jamuan Senat UMT. UMT diwakili oleh Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar manakala KLPK diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Azizi Ahmad. Majlis ini turut disaksikan oleh YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Pengerusi Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd dan Dato’ Wira Haji Isahak Murat, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).