MoU UMT dengan SEAFDEC kukuhkah hubungan kerjasama dalam bidang perikanan dan akuakultur
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Southeast Asian Fisheries Development Centre (SEAFDEC). Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, MoU ini melambangkan persetujuan rasmi dan usaha kolaboratif antara UMT dan SEAFDEC melalui penyelidikan dan pembangunan dalam bidang akuakultur dan perikanan, dengan fokus kepada kelestarian, inovasi, dan pembangunan kapasiti. Kerjasama ini juga adalah sejajar dengan matlamat strategik untuk menyumbang kepada usaha serantau dan global dalam perikanan lestari. SEAFDEC diwakili oleh Dr. Suttinee Limthammahisorn, Ketua Setiausaha SEAFDEC. Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Encik Ruzaidi Mamat.