CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Masjid UMT adakan iftar untuk 500 orang pada setiap hari

KUALA NERUS, 29 Mei – Sempena kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini, Masjid UMT mengadakan program iftar atau berbuka puasa pada setiap hari. Seramai 500 orang pelajar UMT atau ahli komuniti setempat dijangka hadir ke Masjid UMT untuk berbuka puasa.

“Program Iftar Ramadhan adalah sebahagian daripada program Fastabiqul Khairat UMT. Kita akan menyediakan makanan iftar untuk seramai 500 orang yang terdiri daripada pelajar UMT dan ahli komuniti setempat. Penyediaan makanan iftar pula adalah hasil kutipan daripada staf UMT dan orang perseorangan,” kata Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar selepas program Iftar Perdana Bersama Menteri Besar Terengganu di Masjid UMT, pada hari ini.

Sementara itu, pelajar UMT merasa sangat bertuah apabila Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dapat meluangkan masa untuk hadir ke program Iftar Perdana UMT di Masjid UMT. Selain daripada berpeluang untuk mengagihkan bantuan raya, beliau juga turut mengagihkan makanan iftar dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar UMT.