CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor UMT Terima Doktor Kehormat Sains Swansea University

5f5b99e3-7cdb-4351-b160-fd318fdbbefc

Swansea, 9 Jan 2016 – Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Hj Mokhtar, Naib Canselor UMT telah menerima anugerah ijazah Doktor Kehormat Sains dalam Majlis Konvokesyen Swansea University, Wales, United Kingdom pada hari ini. Ketika menyampaikan anugerah tersebut, Profesor Richard B Davies, Naib Canselor Swansea University berkata, “Profesor Dr Nor Aieni merupakan ahli akademik STEM yang cemerlang. Kerjaya yang beliau miliki menunjukkan bahawa beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap sains, malah ia juga menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ahli inovasi dan begitu mahir dalam menyebarluaskan idea-idea beliau. Ini adalah antara ciri-ciri ahli akademik yang terbaik dan paling berkesan.”

Selepas menerima anugerah tersebut, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni berkata, “Saya merakamkan ucapan penghargaan tulus ikhlas dan terima kasih kepada Majlis dan Senat Swansea University atas penyampaian anugerah Doktor Kehormat Sains kepada saya. Saya amat berbesar hati dan gembira menerima pengiktirafan yang berprestij ini. Kepimpinan akademik serta kecemerlangan penyelidikan di universiti telah menjadi matlamat hidup saya, dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, saya sangat teruja untuk menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat antara Swansea University dengan UMT dan rakan-rakan pelajar Malaysia yang telah mendapat pendidikan berkualiti dan mempunyai pengalaman yang sukar dilupakan dalam Abertawe”.

Warga UMT amat berbangga dengan pencapaian cemerlang Dato’ Naib Canselor dengan pengiktirafan yang berprestij ini.