Pada 30 September 2024, Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat delegasi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKePT) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat AKePT, Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah di Pejabat Naib Canselor UMT.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai pandangan serta idea telah dibentangkan oleh pihak AKePT bertujuan untuk membantu UMT memperkasakan bakat staf dan meningkatkan kecekapan pengurusan universiti. Inisiatif ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang lebih holistik, sekaligus membawa UMT ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. Pertemuan tersebut juga membuka ruang untuk kolaborasi yang lebih erat antara UMT dan AKePT dalam aspek pembangunan kepimpinan staf dan akademik serta inovasi pengurusan.