Home » Pengenalan Canselori

Thu Sep 21, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:04 pm
Isyak 8:11 pm

Pengenalan Canselori

 

pg-8

Pada tahun 2012, bagi memastikan UMT bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang tepat, UMT telah melaksanakan anjakan pengurusan melalui Transformasi Governan. Oleh itu, Lembaga Pengarah UMT telah meluluskan struktur organisasi yang baharu yang merupakan penambahbaikan terhadap sistem sokongan pengurusan, akademik, penyelidikan dan pelajar. Melalui Transformasi Governan juga, UMT telah memberikan perhatian kepada aspek perancangan berpusat dengan mewujudkan entiti baharu iaitu Canselori. Sehubungan dengan itu, bermula pada 1 Februari 2013, Canselori telah memulakan operasi pengurusan dan pentadbiran yang merangkumi beberapa entiti pejabat, pusat dan bahagian, iaitu –

  • Pejabat Naib Canselor
  • Pejabat Timbalan-timbalan Naib Canselor
  • Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko
  • Pusat Komunikasi Korporat
  • Pusat Komunikasi Strategik (Putrajaya)
  • Penerbit UMT
  • Pejabat Jaringan Antarabangsa
  • Bahagian Audit Dalam
  • Bahagian Undang-undang

Pada 1 Oktober 2015, Lembaga Pengarah UMT telah meluluskan struktur organisasi baharu yang merupakan penambahbaikan terhadap pelaksanaan transformasi governans. Struktur organisasi Canselori telah diperkemaskan dengan mempunyai entiti berikut –

  • Pejabat Naib Canselor
  • Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  • Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  • Penerbit UMT
  • Pusat Antarabangsa
  • Pusat Islam Sultan Mahmud
  • Bahagian Audit Dalam
  • Bahagian Undang-undang

Pada 1 Februari 2017, Lembaga Pengarah UMT dalam mesyuaratnya kali ke-47 telah meluluskan pemerkasaan struktur governan UMT dengan menempatkan beberapa PTj untuk bernaung di bawah Canselori. Oleh itu, Pusat-pusat Tanggungjawab yang diletakkan di bawah pentadbiran Canselori adalah –

  • Pejabat Naib Canselor
  • Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  • Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  • Penerbit UMT
  • Pusat Antarabangsa
  • Pusat Islam Sultan Mahmud
  • Pusat Kesihatan Universiti
  • Pusat Penjanaan Pendapatan
  • Bahagian Audit Dalam
  • Bahagian Undang-undang
  • Bahagian Keselamatan