CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pusat Penjanaan Pendapatan

Pusat Penjanaan Pendapatan (PPP) telah ditubuhkan pada 1 Februari 2017 dan diketuai oleh seorang Pengarah. Secara umumnya, pusat ini berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan penjanaan pendapatan UMT. Antara fungsi-fungsi utama PPP ialah –

  1. mengenalpasti dan melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu aktiviti penjanaan pendapatan di UMT seperti penubuhan ‘Fund Raising Committee’, Wakaf, Endowmen dan sebagainya;
  2. mewujud dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama dengan industri dan lain-lain pihak berkepentingan bagi projek terpilih melalui aktiviti penyelidikan, promosi, kesukanan, citra UMT dan sebagainya;
  3. menjalankan kajian-kajian khas yang boleh menyumbang kepada mengoptimumkan sumber dan menjadikan UMT sebagai sebuah organisasi yang kejat (lean organisation); dan
  4. menyelaras dan menyelia projek-projek khas yang boleh memberi impak yang tinggi kepada citra dan pembangunan UMT.