CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bertanggungjawab membantu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam menguruskan hal ehwal penyelidikan & inovasi merentasi semua bidang pengajian di UMT. Pejabat ini menyelia, menyelaras dan memantau aktiviti pembangunan penyelidikan, inovasi dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan penyelidikan iaitu :-
  • Geran Pembangunan Penyelidikan
  • Pengkomersilan
  • Pengurusan Harta Intelek
  • Penerbitan Penyelidikan
  • Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan
    • Stesen Penyelidikan
    • Makmal Penyelidikan
    • Peralatan Penyelidikan
    • Kapal Penyelidikan & Bot
  • Pemindahan Teknologi
  • Lain-lain Inisiatif Penyelidikan.
Selain itu, pejabat ini juga bertanggungjawab dalam memantau pencapaian Petunjuk Prestasi Utama Penyelidikan & Inovasi, mengurus permohonan pasca doktoral, menyelaras pengurusan makmal penyelidikan dan Pegawai Skim C, menguruskan permohonan anugerah penyelidikan dan menerajui akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025.
Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diselia oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah –
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC)
  • Makmal Berpusat
  • Institut Oseanografi & Sekitaran (INOS)
  • Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
  • Institut Bioteknologi Marin (IMB)
  • Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)