CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ANUGERAH STAF BULANAN


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MPU) UMT Kali Ke-107 (Bil. 13 Tahun 2013) telah bersetuju untuk menambahbaik pelaksanaaan Anugerah Staf Terbaik Bulanan di UMT iaitu menetapkan bilangan dua (2) orang penerima bagi setiap PTj. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada perbelanjaan berhemah, hanya seorang penerima sahaja dipilih bagi setiap sukuan. Pelaksanaan anugerah ini adalah secara ”quaterly” seperti berikut :-

  1. Suku tahun pertama (Januari hingga Mac), anugerah diberikan pada bulan Mac;
  2. Suku tahun kedua (April hingga Jun), anugerah diberikan pada bulan Jun;
  3. Suku tahun ketiga (Julai hingga September), anugerah diberikan pada bulan September; dan
  4. Suku tahun keempat (Oktober hingga Disember), anugerah diberikan pada bulan Disember.

Tujuan pelaksanaan Anugerah Staf Terbaik Bulanan di PTj adalah sebagai :-

  1. pengiktirafan UMT dan PTj atas jasa dan sumbangan staf setiap bulan berkhidmat di UMT.
  2. ”Motivation Value” kepada staf untuk terus memberi sumbagan sepanjang masa.

Terma dan syarat pencalonan Anugerah Staf Terbaik Bulanan UMT adalah seperti berikut :-

  1. Pencalonan adalah terbuka kepada staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan staf Kumpulan Pelaksana. Namun, keutamaan diberikan kepada staf Kumpulan Pelaksana;
  2. Pencalonan boleh dibuat oleh semua lapisan staf di PTj;
  3. Staf boleh menerima anugerah ini melebihi dari sekali (tiada had dan tempoh); dan
  4. Kriteria pencalonan anugerah Staf Terbaik Bulanan adalah terdiri daripada tujuh (7) nilai-nilai lestari UMT, seperti berikut :-
    1. Beriman
    2. Berilmu
    3. Berbakti
    4. Bermaruah
    5. Beramanah
    6. Berjiwa Besar
    7. Berwawasan

Penerima anugerah menerima cenderamata jabatan yang bernilai RM100.00.