CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor

TNCa


PROF. DATO` DR. NOR AIENI BINTI HAJI MOKHTAR
DPMT, JSM  telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu ke-lima mulai dari 13 April 2015. Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman sebagai ahli akademik dan pentadbir. Memulakan karier sebagai pensyarah di Fakulti Sains, dan penyelidik di Institut Kejuruteraan Pantai dan Luar Pesisir, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang pemodelan fizikal berkomputer; kejuruteraan hidraulik dan pantai; instrumentasi; dan penyelidikan oseanografi dan sains marin.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau pernah dilantik memegang pelbagai jawatan penting antaranya Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Sultan Iskandar dan  Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbitan university ISI Venture Sdn Bhd serta mengetuai pelbagai projek penyelidikan dan perundingan.

Di peringkat nasional, beliau pernah menganggotai pasukan bertindak penubuhan National Oceanography Directorate (NOD) Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan dilantik menjadi Pengarah NOD pertama dari tahun 1998 hingga 2014. Beliau telah menerajui inisiatif pembinaan keupayaan dalam program-program penyelidikan dan pembangunan bidang oseanografi dan marin sains negara. Antara sumbangan beliau termasuk penyediaan bersama pasukan NOD dan pemegang taruh di agensi dan kementerian serta pusat-pusat kecemerlangan marin universiti, kajian National Ocean Policy, Pembangunan National Ocean Data Centre dan kajian National Oceanography Institute. Beliau juga telah mewakili Malaysia untuk rundingan kerjasama antarabangsa bi-lateral dan multi-lateral serta telah memegang kerusi ahli majlis eksekutif Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC)-UNESCO, Naib Pengerusi dan Ahli Penasihat Saintifik IOC/WESTPAC dan ketua sekretariat nasional bagi Inisiatif Segitiga Terumbu Karang.

Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dikurniakan dengan pelbagai  anugerah kehormat antaranya, anugerah “Tokoh Wanita Terengganu”  pada tahun 2008, Darjah Johan Setia Mahkota, J.S.M pada tahun 2010 oleh DYMM SPB YDP Agong, dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) oleh  DYMM Sultan Terengganu pada tahun 2012.