CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

FUNGSI

PEJABAT NAIB CANSELOR

  • Menguruskan hal ehwal dan keperluan Naib Canselor/Timbalan-timbalan Naib Canselor dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi mecapai visi, misi dan objektif UMT
  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan Universiti.
  • Menguruskan Perwakilan Kuasa Kewangan Universiti.
  • Menguruskan hal ehwal sumber manusia dan kebajikan staf Canselori.
  • Menjalankan apa-apa fungsi dan tugas –tugas lain sebagaimana yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Naib Canselor dan timbalan-timbalan Naib Canselor.
  • Mengurus rekod serta dokumen pentadbiran.
  • Merancang, mengurus dan memantau urusan berkaitan hal ehwal kewangan Canselori.

 

PEJABAT TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR

  • Bertanggungjawab ke atas TNC (A&A), TNC (HEPA), TNC (P&I).
  • Bertanggungjawab ke atas keperluan pentadbiran PTNC.
  • Menguruskan hal-hal pentadbiran PTNC.

PUSAT TRANSFORMASI, PERANCANGAN STRATEGIK DAN RISIKO

PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT DAN PEMBANGUNAN CITRA

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK

  • Program Pameran disekitar Kuala lumpur/ Putrajaya.
  • Menganjurkan Majlis bersama Media Kuala Lumpur .
  • Program lawatan dan kunjungan hormat ke kementerian, Institusi tempatan dan media.
  • Mengadakan Sidang Media untuk para penyelidik UMT membentangkan hasil penyelidikan.
  • Mengurus hal ehwal kesetiausahaan Pengerusi Mesyuarat lembaga Pengurusan Universiti.
  • Membantu Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra dalam urusan promosi dan pembangunan citra.
  • Mewakili UMT dalam mesyuarat atau majlis rasmi dengan Kementerian dan agensi kerajaan.
  • Menyediakan pemandu dan kenderaan kepada pegawai Khas UMT.

PENERBIT UMT

  • Menumpukan usaha kepada percetakan dan penerbitan universiti.
  • Menyediakan perkhidmatan pengeditan, pra-penerbitan dan percetakan.
  • Menerbitkan bahan-bahan ilmiah berkualiti khususnya dalam bidang kepakaran Sains, Sains Sosial, Teknologi serta Pengurusan Sumber Alam.
  • Mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan dalam bentuk buku, jurnal, monograf dan sebagainya untuk diterbitkan dan disebarkan kepada masyarakat sebagai usaha untuk menyumbangkan ilmu dan mempromosikan universiti.
  • Membudayakan kegiatan dan aktiviti penulisan dan penerbitan dalam kalangan kakitangan akademik.
  • Memperkayakan koleksi penerbitan buku-buku ilmiah peringkat pengajian tinggi institusi pendidikan negara dalam bidang kepakaran khusus.
  • Menjadi wadah utama penyebaran maklumat dalam bentuk bahan bercetak.
  • Berhasrat meletakkan Universiti Malaysia Terengganu terbilang di peringkat nasional dan global menerusi penerbitan.

 BAHAGIAN AUDIT DALAM

  • AUDITAN KEWANGAN

Pengauditan ini menekankan kepada perkara-perkara organisasi dan peraturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi bagi perakaunan dan kawalan dalaman. Ia adalah bertujuan untuk menentukan bahawa segala pembayaran dibuat dengan teratur, hasil kerajaan dipungut dan diakaunkan dengan betul dan aset kerajaan dikenalpasti dan dikawal dengan betul. Pengauditan ini hendaklah juga menentukan sama ada sistem perakaunan dan rekod-rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak pengurusan atasan boleh mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang singkat.

  • AUDITAN PENGURUSAN

Pengauditan ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab pengurusan dalam urusan penggunaan wang awam, aset, sumber manusia dan lain-lain sumber. Auditan pengurusan ini adalah merupakan pemeriksaan yang objektif dan analitikal terhadap kecekapan dan keberkesanan dalam setiap sumber yang diuruskan dan digunakan.

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

  • Memberi khidmat nasihat dari segi perundangan, polisi, dasar, pekeliling dan arahan kepada semua bahagian /pihak berkuasa Universiti.
  • Membuat semakan dan pindaan ke atas Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan Universiti serta menguruskan pengwartaan dokumen-dokumen berkaitan.
  • Merangka dan / atau menyemak deraf kontrak, MOU/MOA dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan sebarang urusan untuk kelulusan dan pengesahan di peringkat Lembaga Pengarah Universiti (“LPU”).
  • Menjalankan perundingan dan perbincangan mengenai hal-hal berkaitan kontrak dan pecah kontrak yang melibatkan pelajar dan pihak luar.
  • Membantu dalam rundingan pengkomersialan harta intelek atau produk Universiti dan penyediaan atau semakan perjanjian atau dokumen yang berkaitan dengannya.
  • Memberi arahan dan membantu panel peguam Universiti mengendalikan tindakan guaman oleh / terhadap Universiti seperti mengumpul maklumat / dokumen yang diperlukan bagi pengurusan dan perjalanan kes.
  • Menguruskan prosiding tatatertib staf berpandukan peruntukkan dan prosedur yang telah ditetapkan dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000.
  • Menguruskan prosiding tatatertib pelajar selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.

PEJABAT JARINGAN ANTARABANGSA

  • Menguruskan hubungan antarabangsa (Keahlian organisasi antarabangsa)
  • Menguruskan jaringan antarabangsa
  • Menyediakan bahan untuk citra antarabangsa “international package”
  • Mengoptimasikan struktur dan fungsi pengantarabangsaan
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa