Home » BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

 


Pengenalan 

Bahagian Undang-Undang UMT pada awal penubuhannya adalah satu unit kecil di bawah Pejabat Pendaftar. Hasil penstrukturan pada tahun 2006, Bahagian Undang-Undang kemudiannya telah dipindahkan ke Pejabat Komunikasi Korporat. Sejajar dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) Pindaan 2009 telah meletakkan kedudukan Penasihat Undang-Undang setara dengan pegawai-pegawai utama UMT yang lain dan Bahagian Undang-Undang telah dipindahkan ke Pusat Tanggungjawab Canselori UMT. Justeru, seorang Penasihat Undang-Undang telah dilantik untuk mengetuai Bahagian Undang-Undang dengan dibantu oleh dua orang Pegawai Undang-Undang dan seorang Pembantu Tadbir.

Fungsi

Teras utama Bahagian Undang-Undang adalah untuk sentiasa fokus menjadi bahagian yang berwibawa dalam memberikan perkhidmatan dan nasihat undang-undang yang profesional dengan cekap, tepat dan berkualiti dengan mengambil kira kepentingan, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada Universiti. Di antara fungsi Bahagian Undang-undang, adalah –

  • Memberi khidmat nasihat dari segi perundangan, polisi, dasar, pekeliling dan arahan kepada semua bahagian /pihak berkuasa Universiti.
  • Membuat semakan dan pindaan ke atas Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan Universiti serta menguruskan pengwartaan dokumen-dokumen berkaitan.
  • Merangka dan / atau menyemak deraf kontrak, MOU/MOA dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan sebarang urusan untuk kelulusan dan pengesahan di peringkat Lembaga Pengarah Universiti (“LPU”).
  • Menjalankan perundingan dan perbincangan mengenai hal-hal berkaitan kontrak dan pecah kontrak yang melibatkan pelajar dan pihak luar.
  • Membantu dalam rundingan pengkomersialan harta intelek atau produk Universiti dan penyediaan atau semakan perjanjian atau dokumen yang berkaitan dengannya.
  • Memberi arahan dan membantu panel peguam Universiti mengendalikan tindakan guaman oleh / terhadap Universiti seperti mengumpul maklumat / dokumen yang diperlukan bagi pengurusan dan perjalanan kes.
  • Menguruskan prosiding tatatertib staf berpandukan peruntukkan dan prosedur yang telah ditetapkan dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000.
  • Menguruskan prosiding tatatertib pelajar selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.

Rujukan Bahan Perundangan UMT