Home » PEJABAT NAIB CANSELOR

Thu Sep 21, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:04 pm
Isyak 8:11 pm

PEJABAT NAIB CANSELOR


Pejabat Naib Canselor merupakan pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan dalam UMT iaitu Naib Canselor. Ia berfungsi untuk membantu Naib Canselor dalam melaksanakan segala urusan yang berkaitan dengan tadbir urus universiti bagi memastikan segala perancangan program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dengan visi, misi dan objektif strategik UMT. Pada bulan Februari 2013, Naib Canselor telah mewujudkan jawatan Ketua Pentadbiran Canselori untuk mengurus dan mengendalikan operasi pentadbiran dan kewangan Pejabat Naib Canselor serta memantau urusan pentadbiran dan kewangan Canselori secara keseluruhannya.

Fungsi-fungsi utama yang dilaksanakan oleh Pejabat Naib Canselor, adalah –

  • membantu Naib Canselor dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya bagi mencapai visi, misi dan objektif strategik UMT;
  • mengurus dan menyelaras pelaksanaan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MPU), UMT;
  • mengurus dan menyelaras pelaksanaan mesyuarat Pengurusan Canselori, UMT;
  • mengurus dan menyelaras urusan perkhidmatan dan kebajikan staf Canselori;
  • mengurus dan menyelaras permohonan staf UMT bagi perjalanan ke luar negara sama ada urusan tugas rasmi atau persendirian;
  • mengurus dan menyelaras pelantikan jawatan pentadbiran dalam universiti seperti Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Timbalan Pengarah dan sebagainya;
  • mengurus dan menyelaras hal ehwal pengurusan kewangan Canselori;
  • mengurus dan menyelaras penggunaan aset, peralatan dan fasiliti pejabat.