CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dr Maszlee adakan kunjungan singkat ke UMT

KUALA NERUS, 17 Januari 2019 – Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sempena lawatan kerja beliau ke negeri Terengganu.

Kunjungan yang julung kali diadakan selepas pelantikan beliau sebagai Menteri Kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu disambut baik oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Dalam pertemuan singkat tersebut, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni membentangkan berkaitan bidang penyelidikan dan stesen penyelidikan yang berada di Pulau Bidong dan juga stesen pemuliharaan penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang yang menjadi ‘trademark’ UMT.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama UMT, pegawai-pegawai kanan dan warga kerja Canselori dan Pentadbiran UMT.

Dr Maszlee dalam ucapan sempena Majlis Amanat 2019 menekankan aspek membina insan melalui tema ‘Pendidikan untuk Semua’ bagi memacu hala tuju KPM sepanjang tahun 2019.

Selain menyentuh cabaran mendepani pendidikan dalam menuju Wawasan 2020, Dr Maszlee turut mengumumkan beberapa perkara penting.

“Kita mahukan pendidikan terbaik buat anak-anak. Kita mahu mereka mencintai ilmu, terus membesar sebagai seorang yang sentiasa mahu belajar, dan memahami bahawa pendidikan bukanlah tentang penghujungnya semata-mata, tetapi proses berterusan mengejarnya,” katanya.

-Amirul Salam