OMC September 2018, Prinsip Warna

Bangunan Canselori, 26 Sept. – Telah berlangsung Open Mic Canselori (OMC) sesi September 2018 yang dihoskan oleh Pejabat Naib Canselor. Tajuk perkongsian yang disampaikan pada sesi kali ini ialah Prinsip Warna oleh En. Mohd Safniezal. Pemilihan topik ini dibuat bertujuan memberi panduan kepada staf Canselori bagi penjagaan imej keterampilan diri khususnya dalam pemilihan kombinasi warna yang betul. Pemilihan warna yang betul juga dapat mempengaruhi psikologi diri dan ketenangan persekitaran.

Pada perkongsian ini beliau menekankan penggunaan warna pada 3 aspek iaitu pada pakaian, hiasan dalaman dan persembahan grafik (mic. powerpoint). Ujar beliau pemilihan warna yang digunapakai oleh pereka dan pelukis alaf ini adalah melalui 2 sumber rujukan iaitu roda warna dan alam semulajadi. Melalui roda warna pemilihan dibuat merujuk kepada ‘color schemes’ utama iaitu analogous, complementary, triad dan tertriad.

Setelah warna-warna ini dipilih, keharmonian ditentukan mengikut komposisi ‘rule of thumb’ di dalam nisbah 60:30:10 di mana 60%-dominant color, 30%-secondary color dan 10%-accent color.

            

Dalam pemilihan sesuatu warna, setiap staf perlu memahami sifat warna itu sendiri. Contohnya di dalam majlis rasmi warna yang gelap (warna sejuk) perlu dipilih bagi padanan kepada mood yang serius, sopan dan penuh hormat. Manakala di dalam majlis tidak rasmi, warna-warna segar seperti warna panas perlu diberi perhatian.

Setelah selesai perkongsian tersebut, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada 10 orang staf terbaik bulanan Canselori bagi sesi Mac dan Jun 2018. Majlis telah memberi penghargaan kepada mantan Ketua Pentadbiran Canselori (KPC), En. Abdulllah Syukri Abdullah yang telah dijemput khas bagi menyampaikan cenderamata dan seterusnya diraikan untuk menyampaikan ucapan penghargaan bagi berkongsi pengalaman sepanjang menjawat jawatan sebagai KPC selama tempoh 2013-2018 kepada warga Canselori.

Majlis kemudian diakhiri dengan jamuan ringkas secara ‘potluck’ oleh warga Canselori.