Home » Berita Canselori » Terengganu Negeri Pertama Lancarkan Program Profesor Di Sekolah

Rab Jun 20, 2018
Waktu
Subuh 5:33 am
Syuruk 6:56 am
Zohor 1:09 pm
Asar 4:36 pm
Maghrib 7:22 pm
Isyak 8:36 pm

Terengganu Negeri Pertama Lancarkan Program Profesor Di Sekolah

KUALA NERUS, 9 Feb. – Negeri Terengganu mencatat rekod sebagai negeri pertama yang melancarkan program Profesor @ Sekolah. Program ini berorientasikan pendekatan ‘mentor-mentee’ antara Profesor dan Profesor Madya dengan sekolah menengah di seluruh negeri Terengganu. Melalui program ini, Profesor dan Profesor Madya akan turun padang membimbing, memindahkan ilmu dan memberikan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan sekolah.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, program yang dilaksanakan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) ini amat bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk merealisasikan negeri Terengganu sebagai negeri anjung ilmu dan memperkasakan program ‘Ulul Albab’ yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Di Terengganu terdapat 146 buah sekolah menengah di lapan daerah. Pelantikan Profesor @ Sekolah akan melibatkan profesor di UMT, UniSZA, UiTM dan IPT lain yang terdapat di negeri Terengganu. Sekolah yang terlibat akan mendapat banyak manfaat dengan kehadiran profesor di sekolah terutamanya pemindahan ilmu dan perkongsian pengalaman. Ini akan meningkatkan motivasi serta melahirkan murid minda kelas pertama. Buat permulaan, kita akan laksanakan program ini di SMK Bukit Tunggal dan SMK Seri Payung,” kata beliau selepas merasmikan majlis penutup Program Profesor Bersama Masyarakat di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus pada hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Timbalan Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman. Buat

Selain itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Program Profesor Bersama Masyarakat di negeri Terengganu yang diadakan pada 8-9 Februari 2018 bertujuan mendekatkan profesor dengan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, motivasi pelajar, pameran perundingan dan kepakaran, forum kesejahteraan, advokasi ilmuwan, gotong-royong dan sebagainya. Program ini dilaksanakan oleh MPN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, UniSZA, UMT dan UiTM.

“Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM3 juta untuk melahirkan seorang Profesor dan pada masa ini terdapat lebih kurang 2900 Profesor di seluruh negara. Sebagai seorang ilmuwan, Profesor harus memindahkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat dan program seumpama ini amat wajar dilaksanakan,” kata beliau.

Di majlis tersebut juga, Kampung Baru Seberang Takir telah terpilih menerima Anugerah Desa Lestari, manakala tempat kedua dimenangi oleh Kampung Tok Jembal dan tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Hulu Takir. Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada kampung dan komuniti yang sentiasa menghargai kelestarian alam sekitar.

Terjemahan / Translation / ترجمة / 翻译