CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman Dilantik Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT

PUTRAJAYA, 13 Nov. – Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman melaporkan diri sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT di Pejabat Pusat Komunikasi Strategik UMT di Putrajaya pada hari ini. Beliau telah diberikan amanah untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun bermula 1 November 2017 hingga 31 Oktober 2020. Turut hadir Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dan pegawai-pegawai utama UMT.

Prof. Ir. Dr. Noor Azuan merupakan profesor dalam bidang “Kejuruteraan Bio-Perubatan” dan memegang jawatan sebagai Dekan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM).  Dalam dunia akademik, beliau telah menghasilkan lebih 218 penerbitan artikel terindeks, beberapa projek-projek penyelidikan dan perundingan, sehingga telah berjaya mempatenkan 14 produk penyelidikan.

Beliau turut menubuhkan Pusat Inovasi Industri UM yang bernilai RM230 juta dan telah menerima anugerah “The Forchheimer Prize” yang merupakan anugerah prestij dalam bidang “Prosthetics & Orthotics”.