Konvensyen pada kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Per­dana Menteri, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, pada masa ini jumlah keahlian Sahabat Yadim mencecah lebih 8 ribu orang dan ini menunjukkan komitmen golongan mahasiswa dalam usaha melahirkan lebih ramai cendekiawan dan profesional berorientasikan Islam yang dinamik. Dengan sebab itu, kita harus memberikan sokongan memperkasakan Sahabat Yadim di 28 UA dan IPTS.

“Terima kasih juga kepada UMT selaku tuan rumah konvesyen kebangsaan pada tahun ini dan UMT terpilih kerana begitu aktif dalam melakukan aktiviti Sahabat Yadim,” katanya.

Yang turut hadir Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali, dan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir.