CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Terima Kunjungan Hormat Rektor Bung Hatta University

KUALA NERUS, 12 Dis – Naib Canselor UMT telah menerima kunjungan hormat daripada Bung Hatta University Indonesia pada hari ini, yang diketuai oleh Rektor UBH iaitu Prof. Dr. Azwar Ananda; Dekan Fakulti Perikanan, Ir. Mas Eriza; dan Ketua Hubungan Kerjasama, Dr. Temmy Thamrin.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan sempena siri lawatan kerja Bung Hatta University ke UMT pada 12-13 Disember 2017 dan turut mengadakan perbincangan kerjasama strategik dengan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan di UMT.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata Bung Hatta University berminat untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan UMT terutamanya dalam bidang perikanan, akuakultur dan teknologi kelautan. Mereka berminat untuk menghantar pelajar ke UMT melalui program mobiliti pelajar.