Home » Berita Canselori » Lawatan dari University of South Brittany, Perancis

Wed Sep 20, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:05 pm
Isyak 8:12 pm

Lawatan dari University of South Brittany, Perancis

225px-university_of_southern_brittany_logo-svg

Pada 2 hingga 4 Jun yang lalu, UMT telah menerima lawatan dari delegasi University of South Brittany (UBS), Perancis. UBS merupakan universiti luar negara yang mempunyai jaringan kerjasama yang paling akrab dengan UMT. Delegasi UBS terdiri daripada Prof. Jean Peeter, Presiden University of South Brittany; Prof. Natalie Bourgounoun, Timbalan President (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi); serta Mouncef Segrati, pensyarah yang sedang menjalankan kajian bersama ahli akademik di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT.

Sebagai wakil tuan rumah, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo menyambut ketibaan delegasi dengan makan malam di Terrapuri Heritage Village. Makan malam ini juga sekaligus merupakan makan malam selamat tinggal kepada delegasi dari Heriot-Watt University, Scotland yang telah datang ke UMT selama dua minggu. Antara yang hadir pada majlis makan malam santai ini ialah Prof. Dr. Mohd Effendy Abd Wahid, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Hamish Mair dan Dr. Alba Lucia dari Heriot-Watt University, serta Prof. Tim Jickells, penyandang pertama Kursi Profesor Sultan Mizan; turut hadir dekan-dekan pusat pengajian dan pengarah-pengarah institut.

Pada keesokan harinya, perbincangan pemantapan MoU diadakan di Bilik e-Persidangan Pusat Teknologi Maklumat. Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd Effendy Abd Wahid yang turut membentangkan tentang perubahan struktur fakulti kepada pusat pengajian. UMT turut mencadangkan beberapa rancangan kerjasama yang mungkin boleh dilaksanakan terutamanya dari segi kerjasama penyelidikan, pertukaran staf dan pertukaran pelajar. Perbincangan ini turut disertai oleh Prof. Hamish Mair, dekan-dekan pusat pengajian dan pengarah-pengarah institut. Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama tiga hala antara UMT, Heriot-Watt University dan UBS serta cadangan kerjasama penyelidikan dengan UBS yang diutarakan oleh Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan serta Institut Bioteknologi Marin. Setelah itu delegasi dibawa melawat Institut Bioteknologi Marin, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Oseanografi.

Sebagai penutup kunjungan, makan malam sekali lagi turut diadakan dengan pelajar-pelajar UBS iaitu Bernard Clement, Philippe Gregoire, Le Roch Maxime, Leyva Marcia dan Oscar yang sedang menjalani penyelidikan di UMT selama tiga bulan. Makan malam bertempat di Restoran Payang Serai ini turut disertai oleh Prof Tim Jickells, Prof Dr. Mohd Effendy, Dr. Joseph A. Resnick, Ketua Felo Penyelidik IBM, staf yang pernah menjalani program sangkutan di UBS.