Home » Berita Canselori » UMT muncul UA pertama di Pantai Timur tersenarai dalam penarafan UI GreenMetric World Universiti Ranking on Sustainability 2017

Isn Jun 18, 2018
Waktu
Subuh 5:33 am
Syuruk 6:56 am
Zohor 1:09 pm
Asar 4:36 pm
Maghrib 7:22 pm
Isyak 8:36 pm

UMT muncul UA pertama di Pantai Timur tersenarai dalam penarafan UI GreenMetric World Universiti Ranking on Sustainability 2017

KUALA NERUS, 20 Dis. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul sebagai universiti awam pertama di pantai timur yang tersenarai dalam penarafan Universitas Indonesia (UI) .

Pada tahun 2010, UI GreenMetric World University Ranking dilancarkan oleh Universitas Indonesia sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk mengurangkan kesan karbon dan kesan perubahan iklim global serta membangunkan kemudahan yang mesra alam dan berusaha ke arah kampus lestari. Penilaian UI GreenMetric ini melibatkan sebanyak 40 indikator yang antara lain untuk memacu institusi pengajian tinggi untuk terus berusaha menjalankan kajian dan penyelidikan tanpa mengabaikan keperluan kehijauan kampus serta, secara tidak langsung mewujudkan jaringan kerjasama sesama institusi pendidikan peringkat global.

“Melalui penarafan itu UMT berada di kedudukan ke-11 di dalam negara dan di kedudukan ke-431 di dunia dalam kalangan 619 universiti yang mengambil bahagian. Penarafan ini membuktikan UMT semakin berkembang maju ke hadapan. Malah, sebagai sebuah universiti yang berteraskan Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik, UMT terus komited dalam mengekalkan kelestarian kampus seiring dengan pencapaian akademik dan penyelidikan. Sebagai universiti yang muda, kejayaan dalam penarafan ini amat kami banggakan,” ulas Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aeini Mokhtar.

Terjemahan / Translation / ترجمة / 翻译