Penyelidik UMT menangi 4 pingat emas, 5 pingat perak dan 9 pingat gangsa di PECIPTA’17

Kuala Nerus, 9 Okt – Penyelidik-penyelidik UMT memenangi 4 pingat emas, 5 pingat perak dan 9 pingat gangsa dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’17) yang diadakan mulai 7-9 Oktober 2017 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Pingat emas dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Wan Mohamed Zin dengan projek penyelidikan bertajuk “AceTHIO-Sense : Organic Green Sensing Material for Detection of Carbon Dioxide in Air Pollution Monitoring”; Dr. Lam Su Shiung dengan dua projek penyelidikan “PYRO-FUEL: A Desirable Biofuel Derived from Microwave Pyrolysis of Biomass Waste” dan “Microwave Vacuum Pyrolyzer (MVP): A ‘Transformer’ to Convert Biomass Waste into High Quality Bio-Adsorbent for Use In Agriculture and Aquaculture Applications”; Dr. Wan Iryani Wan Ismail dengan projek penyelidikan “MARNO: Marine Nanoparticle Reducing Agent from Malaysian Shore”

Selain itu, 5 pingat perak dimenangi menerusi projek penyelidikan “Rapid Biofloc: A Green Technology For Health Management In Shrimp Aquaculture Industry”; “Commercialization of Green Farming Tiger Prawn”; “Penaeus Monodon Production Through All-female Post Larvae and Rapid Biofloc Technologies”; “Offshore Farming System for Bio-Fuel Seaweed Species”; dan “Design and Development of Circular Patch Antenna for Non-Ionizing Radiation Level Measurement Application”.

Manakala 9 pingat gangsa pula dimenangi melalui produk penyelidikan “TiPS Cell : Titania, P3DT, Seaweed Bilayer Hybrid Solar Cell as Third Generation of Solar Technology”; “Aquaculture Wastewater as a Low Cost Medium for Microalgae Cultivation, Novel Blue Pigment from Cyanobacteria, Leucadrops”; “The Development of Cryopreservation Protocol for Tiger Grouper Sperm”; “Oxy-IMINE SOLAR: A Petit Conjugated Organic Material Towards Energy Sustainability”; “Improvement of Hydrogen Storage Properties in MgH2 Catalysed by K2NbF7”; “AWSOME: The Must For Rust”; dan “Program Saintis Islam : Anjakan Cendekiawan Profesional “Saintifik & Quranik”.

Majlis penutup PECIPTA’17 dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Turut hadir Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dan Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Naib Canselor UniSZA.