Turut hadir dalam PECIPTA’17 ialah Naib Cancelor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif serta wakil-wakil IPT seluruh negara. Selain pameran produk reka cipta dan hasil penyelidikan, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya Bicara Ikon, pertandingan robotik, Festival Sains anjuran Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), jualan kenderaan saji (food truck), pelbagai pameran dan demo saintifik.