Hari Keluarga UMT Begitu Meriah

Kuala Nerus, 26 Ogos – Hubungan kekeluargaan amat penting kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kerja serta dapat memupuk nilai-nilai kebersamaan yang tinggi. Menyedari akan kepentingan itu, bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan tahun 2017, Pusat Komunikasi Korporat dan Pusat Sukan dan Rekreasi UMT telah menganjurkan Hari Keluarga Merdeka UMT 2017 bertempat di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT.

Pelbagai acara yang menarik telah diadakan dalam program tersebut antaranya Perbarisan Seiring Sejalan, Bola Tamparan Pahlawan, Tarik Tali Semangat Jitu, Panahan Wira, Tangkisan Juara, MyHero Street Soccer, Conteng Menawan dan Chef Menu Sihat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar. Malah UMT amat berbangga apabila Saudari Azizatul Asma Abdullah, pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) UMT yang telah memenangi pingat Emas dalam Acara Endurance Berpasukan Sukan Sea Games KL 2017, turut hadir bagi memeriahkan suasana penganjuran majlis tersebut.

Pasukan Canselori UMT turut menyertai dalam beberapa acara Hari Keluarga Merdeka UMT dan telah menjaya mendapat johan dalam acara Bola Tamparan Pahlawan, tempat kedua dalam acara Chef Menu Sihat dan tempat ketiga bagi acara Perbarisan Seiring Sejalan dan Tarik Tali Semangat Jitu.