CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Kuala Lumpur, 25 Ogos – UMT telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera Malaysia bagi membina hubungan kerjasama yang strategik dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia. Delegasi UMT yang diketuai oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar telah disambut mesra oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Antara perkara yang dibincangkan adalah penganjuran program Bicara Tokoh Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan peluang jaringan kerjasama pendidikan dan latihan dalam sektor pembangunan pelajar di UMT seperti penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Darat (PALAPES DARAT).

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mazlan Abdul Ghafar, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, dan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, Encik Masduki Mohamad Morni.