CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kempen Kibar Jalur Gemilang

Kuala Nerus, 24 Ogos – Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-60 tahun, UMT telah menganjurkan kempen mengibar jalur gemilang di semua pejabat dan sekitar kawasan kampus UMT. Ini bagi menyemarakkan semangat jiwa merdeka dan cintakan Malaysia di kalangan staf dan pelajar UMT. Program sambutan bulan kemerdekaan peringkat UMT telah bermula dari 16 Ogos 2017 dan akan berakhir pada 16 September 2017, sempena sambutan Hari Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendaftar UMT telah mengadakan Majlis Melekat Bendera Jalur Gemilang di kenderaan staf, pelajar dan pelawat di pintu masuk utama pada hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai-pegawai Kanan UMT.

Semoga majlis seumpama ini dapat meningkatkan semangat patriotik di kalangan generasi sekarang dengan sentiasa berusaha untuk mengejar kecemerlangan dan mempertahankan kedaulatan negara tercinta.