CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Iftar Asnaf Fisabilillah di Masjid UMT

 

Kuala Nerus, 14 Jun – Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah s.w.t. untuk meraih keuntungan besar daripada bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Di antara amalan sedekah yang amat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. pada bulan Ramadhan adalah menyediakan hidangan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa.

Mengambil kesempatan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan, staf Canselori UMT telah membuat sumbangan iftar Ramadhan kepada asnaf fisabilillah di Masjid UMT. Kutipan sumbangan telah dibuat sejak dua minggu yang lalu dan diserahkan kepada pihak pengurusan Masjid UMT untuk penyediaan makanan. Juadah berbuka puasa yang telah disediakan berupa nasi ayam dan kuih-muih dan ia dihidang di dalam dulang atau talam.

Program berbuka puasa asnaf fisabilillah telah bermula sejak 1 Ramadhan dan setiap hari hampir 500 orang hadir ke Masjid UMT untuk berbuka puasa. Semoga sumbangan iftar ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.