CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Seminar Fiqh Wanita : Haji dan Umrah

Kuala Nerus, 13 Mei – Ibadah haji dan umrah merupakan satu kefardhuan yang dituntut terhadap semua Muslimin yang berkemampuan. Namun, bagi memastikan ibadah dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah s.w.t., maka ia harus dimulakan dengan mendalami ilmu yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu ibadah. Menyedari akan kepentingan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi melaksanakan ibadah, pada hari ini, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan kerjasama Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menganjurkan Seminar Fiqh Wanita : Haji dan Umrah bertempat di Auditorium Mahyuddin UMT.

Seramai 100 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang bertujuan untuk mengupas isu-isu dan permasalahan wanita dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah dan ia telah disampaikan oleh Dr. Jamalluddin Hashim dan Ustazah Ramlah Mat Ali. Pelbagai permasalahan telah diutarakan seperti masalah haid, istihadha dan keputihan yang berterusan, masalah aurat, masalah hubungan suami dan isteri dan sebagainya.

Turut hadir dalam seminar ini ialah Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir, Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dan Ustaz Mohd Syukri Ali, Pengarah Urusan Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. Cawangan Terengganu.