Home » Berita Canselori » Staf UMT Perlu Miliki Kemahiran Penulisan dan Publisiti Media

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Staf UMT Perlu Miliki Kemahiran Penulisan dan Publisiti Media

untitled-design-1

KUALA NERUS, 4 April – Dalam dunia yang serba canggih dan pantas, medium komunikasi menjadi begitu penting bagi sesebuah universiti. Staf di universiti perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran penulisan bagi menyalurkan maklumat dan publisiti media seperti hebahan media, media sosial serta penggunaan laman web.

Oleh itu, Pusat Komunikasi Korporat UMT telah mengambil langkah strategik menganjurkan Bengkel Komunikasi Media Strategik UMT pada hari ini bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Bengkel itu bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Perhubungan Korporat (PRO) di Pusat-pusat Tanggungjawab UMT dalam menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti dan kepakaran PTj kepada umum melalui pelbagai medium saluran maklumat seperti Facebook, laman web, dan media bercetak.

Khairul Anuar Muhamad Noh, Perunding Media yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang media terutamanya di universiti telah menyampaikan beberapa topik dan teknik dalam bengkel tersebut bagi meningkatkan kemahiran PRO UMT terutamanya kaedah penulisan berita, penulisan rencana dan strategi publisiti media.

“Di antara penulisan yang bagus untuk dibuat di universiti ialah artikel pendapat atau kepakaran yang merujuk kepada respon terhadap isu semasa negara, perkongsian isu-isu baharu serta perkongsian pengalaman sendiri penulis. Penulisan artikel pendapat banyak dibuat pada masa ini dan ia seharusnya tidak melebihi 800 patah perkataan. Ia juga perlu mengutamakan idea-idea baharu atau cara-cara mengatasi masalah serta cuba elakkan memetik pendapat daripada pakar lain. Artikel ini perlu mengutarakan pendapat dan pandangan penulis terhadap sesuatu isu yang difokuskan,” ujar beliau kepada para peserta bengkel.