Home » Berita Canselori » Transformasi Minda Psikospiritual Remaja

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Transformasi Minda Psikospiritual Remaja

17017005_1743452749298182_1505103375626238812_o-1

Kuala Nerus, 28 Februari 2017 – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan program Transformasi Minda Psikospiritual Remaja Kohort II 2016/2017 bermula 14 Disember 2016 hingga 21 Februari 2017 bertempat di UMT.

Program ini merupakan satu program yang menyumbang kepada usaha pembinaan personaliti diri secara holistik, bersepadu dan menyeluruh dan seterusnya melakukan perubahan sikap ke arah menjadi individu yang berguna. Malah program ini juga membantu para remaja dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup mereka.

Program ini telah dirasmikan penutupan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT pada 28 Februari 2017 di Auditorium Mahyuddin UMT. Turut hadir dalam majlis penutup tersebut ialah Encik Norazman Abd Manaf, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan Dr. Firdaus Khairi Abd. Kadir, Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.