Home » Berita Canselori » Perbaharui iltizam dan suntik semangat baharu pada tahun 2017

Wed Sep 20, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:05 pm
Isyak 8:12 pm

Perbaharui iltizam dan suntik semangat baharu pada tahun 2017

15747365_1248477115245252_5871063083194541484_n

KUALA NERUS, 1 Jan – Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya dengan meninggalkan pelbagai coretan dan lembaran kenangan manis dan pahit bagi setiap insan. Setiap yang berlaku pada tahun 2016 telah menjadi kenangan kehidupan dalam lipatan sejarah namun ia perlu diinsafi sebagai pengajaran dan tauladan untuk mendepani sebarang cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh dalam tahun 2017. Sudah pasti, tahun 2017 menyediakan pelbagai peluang serta harapan dan ia perlu disusuli dengan langkah-langkah yang penuh bersemangat dan iltizam yang tinggi bagi mencapai segala impian dengan penuh kejayaan.

“Detik waktu yang terus berlalu, lembaran demi lembaran sudah kita lewati, coretan demi coretan sudah kita tempuhi, kekadang penuh emosi, kekadang membakar semangat, kekadang membangkit cita dan cinta khususnya kepada UMT tercinta. Dalam kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua khususnya kepada warga UMT. Semoga tahun baharu 2017 ini kita sama-sama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik semangat baharu yang lebih ikhlas dan kental bagi melaksanakan tanggungjawab selaku penjawat awam. Kepada warga kerja UMT, saya berharap pada tahun 2017 kita dapat berganding bahu untuk melonjakkan serta memperkasakan citra UMT agar terus unggul dalam arena pendidikan negara. Kepada anak-anak pelajar UMT, bonda doakan kalian terus berusaha meneroka lautan ilmu bagi menjadi graduan yang kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam mendepani cabaran di masa akan datang,” ujar Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dalam perutusan Tahun Baharu 2017.

Semoga tahun 2017 akan menyediakan coretan manis dan lembaran kejayaan buat kita semua. Tiada halangan melainkan peluang!!!