CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Anjurkan Program Umrah Musim Sejuk

15625651_1706056306371160_2947306513504363212_o

KLIA, 20 Dis, 2016 – UMT buat julung-julung kalinya telah menganjurkan program Umrah Musim Sejuk atau dikenali sebagai Rehlatul Mubarakah yang bermula dari 20-31 Disember 2016. Program ini dianjurkan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan kerjasama syarikat pengendali umrah iaitu Juara Travel Sdn. Bhd. Naib Canselor UMT iaitu Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar turut menyertai program umrah tersebut bersama-sama dengan 43 orang ahli jemaah yang datang dari negeri Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

“Alhamdulillah, pihak UMT amat bersyukur kerana telah berjaya buat pertama kalinya menganjurkan program umrah ini yang dengan kerjasama syarikat Juara Travel. Program Rehlatul Mubarakah yang dianjurkan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud ini akan disertai oleh seramai 43 orang jemaah dan diketuai oleh Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir, selaku Mutawwif. Kita mendoakan agar semoga semua jemaah selamat menunaikan ibadah umrah dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keampunan serta keredhaan Allah s.w.t. Insha Allah, didoakan juga semoga semua jemaah memperoleh umrah yang mabrur,” kata beliau semasa melancarkan program Rehlatul Mubarakah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Turut hadir semasa program pelancaran tersebut ialah Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan pegawai-pegawai UMT.