CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Tuanku Canselor Lancarkan Buku Bibliografi Tan Sri Samsudin Osman

15129470_1688519081458216_1136066891789662802_o

KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Tuanku Canselor UMT telah berkenan mencemar duli melancarkan buku Tan Sri Samsudin Osman yang bertajuk “Demi Perkhidmatan Awam dan Negara Kerana-Nya Jua” dalam Majlis Santapan Malam sempena Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-14 yang diadakan di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Terengganu pada 18 November 2016. Tan Sri Samsudin Osman yang merupakan Pro Canselor UMT yang pertama adalah bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia mulai 1 Februari 2001 sehingga 2 September 2006.  Buku tersebut mengisahkan pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh beliau di sepanjang perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya, Pengerusi KWSP, Pengerusi Lembaga Pengarah UUM dan semua pengalaman beliau didokumentasikan dalam warkah tersebut. Buku ini boleh dibeli dengan harga RM86.00 melalui Penerbit UMT.