CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dr. Patrick Sorgeloos Penyandang Kursi Profesor Sultan Mizan

15042016_1688519051458219_6995281944008690756_o

KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli menganugerahkan penyandang Kursi Profesor Sultan Mizan kepada Profesor Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos dalam Majlis Santapan Malam sempena Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-14 yang diadakan di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Terengganu pada 18 November 2016.

Profesor Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos merupakan seorang profesor yang pakar dalam bidang sains akuakultur di Ghent University, Belgium dan telah menghasilkan lebih 673 penerbitan ilmiah dalam bidang tersebut. Beliau banyak melakukan penyelidikan berkaitan ikan dan kerang di sekitar Eropah, Asia, Amerika Latin dan Afrika sejak pertengahan tahun tujuh puluhan. Setakat ini, lebih 250 Sarjana dan 70 alumni PhD menamatkan pengajian di Universiti Ghent dalam bidang akuakultur di bawah bimbingan beliau. Beliau juga banyak terlibat dalam memperkasakan hubungan kerjasama dalam bidang akuakultur di peringkat antarabangsa dan / terlibat dalam Akuakultur Masyarakat Dunia (menjadi Presiden pada tahun 1999-2000), Suruhanjaya Eropah (Pengerusi Akuakultur Thematic Network – AquaTnet; ahli Kumpulan Penasihat DG Penyelidikan FP7 Tema 2 “Makanan, pertanian dan bioteknologi”; dan Pengerusi Akuakultur Platform ASEM) dan Akuakultur Teknologi Eropah & Platform Inovasi (pengasas bersama dan ahli lembaga). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah kehormat di China, Ecuador, Mesir, Greece, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.