CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Syarahan Undang-undang : Copyright Infringement, Plagiarism and Fair Use

14940196_1679957228981068_7004132417857155711_o
Bahagian Undang-Undang dengan kerjasama Pusat Bakat dan Inovasi Akademik UMT telah mengadakan syarahan undang-undang yang bertajuk Copyright Infringement, Plagiarism & Fair Use pada 1 November 2016 bertempat di Auditorium INOS UMT. Objektif syarahan undang-undang tersebut adalah untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan kefahaman kepada ahli akademik dan para pentadbir mengenai isu-isu yang melibatkan pelanggaran hak cipta dan plagiarism (ciplak) dalam menjalankan kerja-kerja penulisan dan penyelidikan di universiti.
Syarahan tersebut telah disampaikan oleh Dr. Khairul Anuar Che Azmi, Penasihat Undang-Undang, USM. Beliau telah menerangkan mengenai jenis-jenis plagiarism seperti copying/copy-paste, patchwork, paraphrasing dan unintentional plagiarism. Berkenaan dengan hakcipta (copyright), beliau memaklumkan bahawa semua hakcipta adalah terlindung di bawah Akta HakCipta 1987. Namun, pada masa ini tiada sistem yang disediakan untuk mendaftar hakcipta sebagaimana pendaftaran paten.