CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Srikandi Women’s Boat To Gaza

14753848_1209624702429956_5266045113768995538_o

Sebagaimana diketahui umum, pada 6 Oktober 2016 baru-baru ini, negara kita telah dikejutkan dengan berita penahanan kapal Zaytouna-Oliva beserta tiga anak kapal yang lain oleh tentera Israel. Kapal tersebut yang dalam perjalanan menuju ke Gaza merupakan sebuah perjalanan delegasi wanita seramai 10 aktivis kemanusiaan Women Boat to Gaza (WBG) yang turut disertai oleh wakil tunggal Malaysia iaitu, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Oleh itu, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat supaya lebih cakna dan sensitif terhadap isu-isu semasa dan kemanusiaan sejagat, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan kerjasama Wanita IKRAM Terengganu, MyCare Malaysia Berhad Cawangan Terengganu, Rose2Rose Terengganu dan Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu telah mengadakan program perkongsian dan sesi forum bersama Srikandi WBG pada 22 Oktober 2016 di Dewan Syed Jalaluddin, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar UMT yang begitu prihatin dan cakna dengan isu kemanusiaan di Palestin.