CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

The Changing World And Its Impact Including Education

G1

Pada 4 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Pembangunan Bakat Profesional UMT telah menganjurkan program Bicara Tokoh bertajuk “The Changing World and Its Impact Including Education” yang disampaikan oleh YM Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel bin Tengku Arif. Dalam bicara tersebut, beliau telah menerangkan mengenai konsep perancangan senario yang perlu dilaksanakan oleh universiti. Perancangan senario bukan bermaksud membuat ramalan terhadap sesuatu perkara semata-mata tetapi membuat perancangan untuk maju ke hadapan berdasarkan kepada senario yang telah berlaku dan mungkin akan berlaku di masa akan datang.

Perancangan senario membolehkan universiti untuk menjana satu set pertama ramalan, mengenal pasti papan tanda utama yang membezakan satu senario berbanding yang lain, dan memahami sama ada strategi semasa universiti dan pelan hala tuju universiti adalah teguh untuk menghadapi pelbagai senario dan cabaran semasa. Beliau berkata, perancangan senario banyak dilaksanakan oleh syarikat-syarikat multinational seperti SHELL bagi memastikan kelangsungan syarikat serta menembusi pasaran baharu. Beliau menggesa UMT melakukan perancangan senario bagi memantapkan sistem pendidikan tinggi negara serta bagi memastikan UMT sentiasa menjadi pilihan pelajar untuk menimba ilmu.

Program bicara tokoh ini turut dihadiri Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar selaku Naib Canselor UMT, pegawai-pegawai universiti dan tetamu jemputan dari agensi lain.