CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Sambutan Hari Sukan Negara Di UMT Meriah

G1

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Hari Sukan Negara peringkat UMT telah disambut dengan jayanya pada 8 Oktober 2016 bertempat di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Kehadiran peserta dari kalangan staf dan pelajar menjadikan sambutan pada kali ini sangat memberangsangkan. UMT berjaya mencipta suasana “fit and fun” sepanjang hari tersebut. Antara acara yang diadakan adalah senamrobik, street futsal, badminton, renang dan bola jaring.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan rakyat Malaysia.