Home » Berita Canselori » 2,845 Pelajar Mendaftar Pengajian di UMT

Wed Sep 20, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:05 pm
Isyak 8:12 pm

2,845 Pelajar Mendaftar Pengajian di UMT

14086414_1647317948911663_1523149868288158073_o

Ahad, 28 Ogos 2016

UMT amat bertuah dan berbangga apabila seramai 2,845 orang pelajar mendaftar pengajian ijazah Sarjana Muda sesi 2016/2017di UMT pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 72% didominasi oleh pelajar wanita manakala 28% adalah pelajar lelaki, yang akan mengikuti 27 program pengajian ijazah Sarjana Muda di UMT. Ketibaan pelajar baharu dan keluarga disambut dengan penuh senyuman oleh warga kerja UMT dan fasilitator Minggu Jalinan Mesra (MJM) di Dewan Sultan Mizan, UMT. Proses pendaftaran pelajar telah diperrmudahkan apabila semua pelajar yang berjaya mendaftar secara atas talian (on-line) sebelum hadir ke UMT, hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja untuk mengesahkan pendaftaran, membayar yuran pengajian dan mengambil keperluan program MJM. Selepas itu, para pelajar akan dibawa ke Kolej Siswa untuk melihat tempat penginapan mereka di UMT.

Selepas proses pendaftaran selesai, pelajar akan mengikuti program MJM atau orientasi dengan pengisian taklimat mengenai sistem pendidikan di UMT, taklimat hal ehwal kebajikan pelajar, program Kenali Pusat Pengajian, program Bicara Tokoh dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu. Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2016, para pelajar akan turut bersama Naib Canselor UMT untuk menyambut Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2016.

Para pelajar baharu UMT juga akan mengikuti satu program ‘flagship’ UMT iaitu program Survival Laut di Stesen Penyelidikan Marin UMT, Pulau Bidong. Menerusi program ini, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti berenang, snorkeling, pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya. Ia dapat memupuk kesedaran cintakan alam sekitar terutamanya hidupan marin selain dapat meningkatkan keyakinan dan kematangan pelajar sejajar dengan slogan UMT, “Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat”.