CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Solat Hajat Sempena Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan 2016

13932778_1639148296375815_3138992169770335776_n

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama rakan strategik iaitu Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengadakan Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan 2016 (EPSK’16) di Laut China Selatan, dan majlis pelancarannya telah disempurnakan pada 2 Ogos 2016 di Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pelabuhan Klang. Ekspedisi ini akan diketuai oleh Prof Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir (Pensyarah INOS) dan ia melibatkan seramai 70 orang penyelidik serta akan mengambil masa selama 45 hari. Fasa A – EPSK’16 ini akan memulakan pelayarannya pada 18 Ogos 2016 dan bertolak dari jeti Duyung Marina & Resort Terengganu dengan menggunakan kapal RV Discovery UMT.

Sehubungan dengan itu, UMT telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Perdana selepas solat fardhu Zuhur hari ini di Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, bagi memohon keselamatan dan keberkatan pelayaran ekspedisi ini. Solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Mustaffa bin Mohamad dan turut dihadiri oleh Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, penyelidik EPSK dan krew kapal. Warga UMT mendoakan semoga Allah s.w.t. merahmati dan melindungi perjalanan kapal RV Discovery UMT bersama para penyelidik dan anak-anak kapalnya serta berjaya mencapai matlamat ekspedisi ini.