CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Ketuai Pelayaran Saintifik Kebangsaan di Laut China Selatan

G2

Sejajar dengan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, pada 2 Ogos 2016, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Pusat Hidrografi Nasional (PHN), UMT dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah melancarkan Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Kelang. Tujuan utama ekspedisi pelayaran pada tahun ini adalah untuk mengkaji kelestarian ekosistem marin dalam menghadapi perubahan iklim negara yang semakin tidak menentu.

Ekspedisi ini akan bermula pada 2 Ogos 2016 dan akan berakhir pada 23 September 2016. Ia melibatkan 70 orang penyelidik daripada 20 agensi dan akan berlayar ke 100 lebih lokasi di sekitar perairan Laut China Selatan terutamanya dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia. Ekspedisi ini mendapat pembiayaan sebanyak RM1.0 juta dan 3 buah kapal akan digunakan iaitu RV Discovery (UMT), KD Mutiara (PHN) dan MV Pedoman (JLM). Malah UMT amat bertuah kerana Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir, Pensyarah INOS UMT telah dilantik sebagai Ketua Ekspedisi tersebut.

Menteri MOSTI, Datuk Seri Panglima Madius Tangau dalam ucapan perasmiannya berkata, ekspedisi ini diharap dapat meningkatkan produktiviti negara dengan menyediakan maklumat untuk perancangan bagi menangani isu lautan kebangsaan terutama pengurusan lestari perikanan, terumbu karang, pemanasan laut serta status ancaman bagi persekitaran marin zon pantai serta pulau.

13895179_1185960468133928_4761030501983554119_n