Home » Berita Canselori » Sambutan Luar Biasa Dr. Zakir Naik Di UMT

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Sambutan Luar Biasa Dr. Zakir Naik Di UMT

G3

Lebih 5,000 orang terdiri daripada pelajar, kakitangan dan komuniti setempat termasuk bukan muslim telah membanjiri Pusat Islam Sultan Mahmud di UMT pada 11 April 2016 bagi mendengar syarahan umum tokoh pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Islam is The Solution For Humanity’ yang berlangsung selama hampir dua jam sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab dengan hadirin. Program ini merupakan program kedua pendakwah kelahiran Mumbai, India di negeri ini sempena siri jelajahnya selama seminggu di Terengganu atas jemputan kerajaan negeri.

G2G6

Bersempena dengan program tersebut, UMT turut mengambil kesempatan menganjurkan Karnival ‘Speak The Truth’ dengan pelbagai pengisian termasuk kuliah Zuhur dan Maghrib oleh penceramah dan pendakwah terkenal negara, Dr Zahazan Mohamed serta Datuk Badlishah Alauddin. Selain itu, Pusat Islam Sultan Mahmud juga mengadakan karnival jualan dan pertandingan menulis tulisan Jawi dan Kaligrafi.

 

Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, ia adalah permulaan yang sangat positif untuk umat Islam dan bukan Islam untuk sama-sama menggali khazanah ilmu Islam dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia yang mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama. “Kami di UMT berasa gembira dengan penganjuran program ini di mana sambutannya sangat hebat malah kita boleh lihat ramai juga pelajar Islam dan bukan Islam turut mengemukakan pelbagai soalan kepada Dr Zakir Naik. Kami tidak memaksa pelajar bukan Islam untuk hadir ke majlis ilmu ini, namun mereka hadir dengan kesedaran untuk mendapatkan pencerahan secara langsung daripada pendakwah terkenal itu berkaitan kekeliruan yang dihadapi mereka, ” ujar beliau selepas selesai syarahan umum tersebut.

G7G8G5G9