Home » Berita Canselori » UMT Jadi Tuan Rumah Mesyuarat JKNCR

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

UMT Jadi Tuan Rumah Mesyuarat JKNCR

Pada 20 Mei 2016, UMT telah menjadi tuan rumah bagi program Mesyuarat Jawatankuasa Naib-naib Canselor & Rektor Universiti Awam Malaysia (Bil.2/2016) yang diadakan di Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang, Terengganu. Program mesyuarat ini diadakan setiap 2 bulan sekali yang dikendalikan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku Sekretariat JKNC/R. Selain daripada mesyuarat, beberapa acara lain turut dilaksanakan seperti makan malam, lawatan ke Stesen Penyelidikan Chagar Hutang di Pulau Redang, acara Pelepasan Anak Penyu dan lawatan ke sekitar bandar Kuala Terengganu.

Penganjuran program mesyuarat JKNCR di UMT telah dikendalikan oleh Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama beberapa PTj lain di UMT seperti Bahagian Keselamatan, Bahagian Kenderaan, Makmal Berpusat, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat, Pusat Pembangunan dan Harta, dan Pusat Komunikasi Korporat.

G3G6G413230257_707088246100713_1348654728709722364_n